(Internet) Kelas Mencari Maklumat di Internet (Matematik) & KDB Pelajar Tingkatan 4 Tahun 2019 Sesi II Disember 2019

17 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Disember 2019, Pusat Internet (PI) Semop telah menerima kehadiran pelajar tingkatan 4 tahun 2019 untuk Aktiviti Mencari Maklumat di Internet yang bertempat di Bilik Belajar Pusat Internet Semop dari jam 3:00 hingga 5.00 petang. Seramai 2 orang peserta yang berumur 16 tahun dan merupakan bakal SPM tahun 2020 pada tahun hadapan.

Kami dari Pusat Internet Semop berharap agar pelajar dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kelak. Untuk makluman, kami sangat mengalu-alukan kehadiran pelajar yang ingin menggunakan perkhidmatan internet di Pusat Internet untuk tujuan mencari maklumat dan mengulangkaji pelajaran.

Selamat maju jaya kami ucapkan buat adik-adik yang rajin berusaha menimba ilmu untuk kegunaan akan dating. Terima kasih juga kerana memilih Pusat Internet Semop sebagai lokasi pilihan untuk mengulangkaji pelajaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali